BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

(^_^)

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Friday, July 23, 2010

HIPOKRIT??

hipokrit..perkataan yang paling dibenci oleh sesetengah orang tetapi paling disukai oleh sesetengah yang lainnya..hipokrit??apa definisinya???

bagi aku..hipokrit bermakna kita menipu diri sendiri untuk menjadi orang yang bukan diri kita sebenarnya..hipokrit bila kita terpaksa berpura-pura dan menidakkan apa yang kita rasa di dalam hati..hipokrit juga apabila kita cuba untuk menutup segala perasaan kita daripada pengelihatan orang lain..itu hipokrit menurut kamus hidupku..

persoalan yang ingin aku tanyakan??salahkah andai kita menjadi hipokrit??salahkah sekiranya kita hipokrit untuk menyelamatkan perasaan orang lain??inilah yang menjadi persoalan di fikiranku selama ini..seringkali aku mendengar cacian dan cercaan daripada orang lain yang membenci orang yang hipokrit..tapi aku tidak melatah dan tidak bersuara kerana aku tahu mereka punya alasan tersendiri mengapa mereka membenci orang yang hipokrit ini..aku tidak punya kuasa untuk memarahi mereka yang membenci orang yang hipokrit kerana itu hak mereka..

jangan salah anggap apa yang aku coretkan ini..aku bukan hendak menyalahkan sesiapa..jauh sekali ingin menyakiti..aku cuma ingin meluahkan segala perasaan yang terbuku di dalam hati..aku cuma ingin bercerita mengapa hipokrit terpaksa menjadi pilihan dalam hidup..

aku juga tidak menyokong sepenuhnya orang yang hipokrit..jauh sekali ingin membenci kerana aku juga seorang yang hipokrit..hipokritkah aku??hanya mereka yang tahu kerana mereka yang menilaiku..bukan aku..andainya tindakanku menutup segala perasaan daripada pengelihatan orang lain adalah hipokrit..maka hipokritlah aku..seandainya aku menidakkan perasaan yang aku rasa di dalam hati adalah hipokrit..maka hipokritlah aku..dan sekiranya menerima segala perkara yang berlaku walaupun aku ingin menolaknya adalah hipokrit..maka ya,aku sememangnya hipokrit..

tapi salahkah tindakan itu??adakah salah andainya mengambil jalan mudah untuk menerima sahaja semua perkara walaupun hati membenci dan tahu akan terluka..adakah tindakan menutup perasaan itu adalah salah kerana tidak ingin insan lain terluka kerana perasaan itu..mungkin mereka memandang tindakan itu sebagai suatu yang bodoh..namun bagi mereka yang merasakannya..itu mungkin merupakan jalan terbaik kerana bagi mereka lebih baik melukai hati sendiri daripada melukai hati-hati yang tidak sepatutnya..mungkin lebih baik hati itu menderita daripada melihat hati-hati yang lain tercedera kerananya..

semua orang mempunyai tafsiran tersendiri mengenai perkara ini..namun bagi aku..dalam hidup ini,kadangkala kita perlu menjadi hipokrit untuk melindungi hati-hati yang lain..tetapi andainya tindakan itu sebenarnya salah..apakah hukuman untuk kesalahan itu????

Monday, July 12, 2010

manusia bodoh..

percaya atau tidak..manusia kadangkala boleh menjadi makhluk yang paling bodoh diatas muka bumi ini..tahu kenapa??

manusia seringkali melakukan sesuatu yang akhirnya menjadi kekesalan seumur hidupnya..seringkali manusia menggadaikan sesuatu yang membuatkannya hilang segala yang selama ini menjadi pegangannya..bukankah itu bodoh..??

manusia diberikan akal untuk berfikir dengan sebaik-baiknya..akan tetapi mengapa akal dan fikiran itu tidak digunakan dengan betul??mengapa sering kali keistimewaan ini disalahgunakan??

jawapannya hanya satu..kewarasan akal fikiran akan hilang apabila nafsu mula menguasai diri dan hati..menyebabkan akal dan fikiran itu dikawal oleh nafsu sehingga akal yang waras itu tidak dapat berfikir dengan sebaik-baiknya..

kesannya manusia akan hilang pertimbangan dan berlakulah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang manusia yang waras..

sebagai manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian..jangan biarkan nafsu itu menguasai diri dan hati sehingga kita bertindak bodoh dalam perkara yang kita lakukan..ingatlah bahawa diri dan hidup kita ini hanya pinjaman daripada Sang Pencipta..tugas kita adalah untuk menjaganya dengan sebaik mungkin..jangan biarkan hidup kita sia-sia hanya kerana tindakan kita yang BODOH..jadikan kekesalan masa lalu sebagai pengajaran dan peringatan untuk kita meneruskan hidup ini dengan sebaik-baiknya..semoga hidup kita akan bertambah baik dan sentiasa dalam keredhaan-Nya..

Tuesday, July 6, 2010

saat-saat terakhir..

selamat tinggal dunia..selamat tinggal segala kenangan pahit..selamat tinggal 19 thn..

hurm..terasa len plak bila nak meninggalkan umur belasan tahun ne..tggal bbrapa mnit jak lg nak msuk umur 20 thun dah..selamat dtg dunia baru..

apa azam thun ne??of coz la wanna be better than before..hopefully semua kekesalan masa lalu akan terhapus..hopefully semua kenangan masa lalu tidak akan berulang dlm kamus hidup aku lagi..biarlah jadi lipatan sejarah yang paling kemas dalam hati aku..aku xmau lg terikat dengan semua kenangan tu..

yang berlalu biarkan berlalu..mulakan hidup baru dengan sejuta keberanian dan semangat untuk terus berjaya...chewahh..azam baru ne..motivasi utk diri sendiri..

hepi birthday myself..=)

silence..

sunyi..
bila dia dtg kita jd x tentu arah..kita takut dengannya..seakan-akan dia akan membunuh kita..

sunyi adalah suatu penyakit yang sememangnya boleh membunuh hati kita..sunyi umpama virus yang semakin lama semain melemahkan kekuatan kita untuk meneruskan kehidupan..bila sunyi mula menyerang..kita akan kehilangan semangat untuk berdiri..kita seakan-akan kehilangan kudrat untuk berlari..dan apabila kesunyian itu sudah semakin merebak dan menular..ia seolah-olah membunuh seluruh keupayaan kita untuk ketawa,senyum malah kita tidak mampu lagi untuk membuka mata..

kesunyian yang semakin mencengkam membuatkan kita menjadi seseorang yang bukan diri kita sebenarnya..kita menjadi seorang insan yang jauh berbeza daripada kita yang sebenar..kita kadangkala lupa untuk ketawa malah kita lupa untuk semyum pada diri kita sendiri..kesunyian membuatkan kita lupa sebab kita berada di bumi ini..

kesunyian yang mencengkam membuatkan kita semakin menyia-nyiakan masa yang kita ada di bumi Allah ini.-jadi apa yg ditunggu lagi..marilah kita bangkit..hapuskan segala macam penyakit sunyi yang kita ada..jangan biarkan penyakit sunyi ini memusnahkan kehidupan remaja kita.berusaha untuk mengatasinya..=)

Thursday, July 1, 2010

pilihan..

dalam hidup ini..seringkali kita berhadapan dengan situasi dimana kita harus membuat pilihan..tidak kira lah dalam perkara yang penting..mahupun perkara yang remeh..semua pilihan yang kita lakukan itu merupakan penentu untuk kehidupan yang bakal kita jalani..

kita ambil contoh perkara yang mudah seperti pakaian..kita perlu memilih baju yang sesuai dengan diri kita..kita perlu pandai memlih pakaian yang sesuai dengan imej dan gaya kita..kita juga perlu menyesuaikannya dengan suasana dan acara yang kita hadiri..pemilihan pakaian ini menentukan penampilan kita kepada orang ramai..kalu tidak kena gayanya..mungkin kita hanya akan menjadi bahan ketawa orang sahaja..

nah,cuba kita lihat betapa besarnya impak pemilihan pakaian tersebut kepada kita..perkara ini mungkin dianggap remeh tetapi penting dalam kehidupan kita..apatah lagi dalam perkara yang nyata penting seperti pegangan hidup,sahabat dan percintaan..perkara-perkara ini merupakan antara perkara terpenting dalam kehidupan setiap insan..

kita perlu membuat pilihan yang tepat setepat tepatnya dalam menentukan pegangan hidup kita..kenapa??kerana perkara inilah yang menjadi panduan kita dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar ini..cuba anda semua bayangkan sekiranya kita tersilap membuat pilihan dalam menetukan pegangan hidup kita??alamatnya kehidupan kita akan menjadi binasa dan tidak bermakna..lebih dahsyat lagi kita mungkin akan tersesat jauh dari fitrah kehidupan yang sebenarnya..jangan sampai kita menjadi manusia yang tidak mdmpunyai pegangan dalam hidup..sekiranya ini terjadi..kita memang telah menyia-nyiakan kehidupan kita sebagai seorang manusia..

begitu juga dalam bersahabat dan bercinta..pilihan yang dibuat perlu tepat dan sesuai dengan kita..tiada salahnya hendak bersahabat dengan semua orang..akan tetapi kita haruslah bijak memilih rakan yang sememangnya boleh kita percayai dan boleh kita harapkan..jangan pernah bersahabat dengan orang yang jelas mahu menghancurkan masa depan kita kerana sahabat yang baik adalah mereka yang membawa kebaikan kepada sahabatnya..bukannya mereka yang membawa kepada kebinasaan kita..

dalam memilih pasangan pula..pilihan yang tepat harus dibuat agar kita tidak kecewa dikemudian hari..memilih pasangan bermaksud kita memilih seorang untuk kita kongsikan kehidupan kita dengannya..oleh yang demikian,dalam memilih pasangan,kita perlu berhati-hati dan tidak terlalu tergesa-gesa..