hipokrit..perkataan yang paling dibenci oleh sesetengah orang tetapi paling disukai oleh sesetengah yang lainnya..hipokrit??apa definisinya???
bagi aku..hipokrit bermakna kita menipu diri sendiri untuk menjadi orang yang bukan diri kita sebenarnya..hipokrit bila kita terpaksa berpura-pura dan menidakkan apa yang kita rasa di dalam hati..hipokrit juga apabila kita cuba untuk menutup segala perasaan kita daripada pengelihatan orang lain..itu hipokrit menurut kamus hidupku..
persoalan yang ingin aku tanyakan??salahkah andai kita menjadi hipokrit??salahkah sekiranya kita hipokrit untuk menyelamatkan perasaan orang lain??inilah yang menjadi persoalan di fikiranku selama ini..seringkali aku mendengar cacian dan cercaan daripada orang lain yang membenci orang yang hipokrit..tapi aku tidak melatah dan tidak bersuara kerana aku tahu mereka punya alasan tersendiri mengapa mereka membenci orang yang hipokrit ini..aku tidak punya kuasa untuk memarahi mereka yang membenci orang yang hipokrit kerana itu hak mereka..
jangan salah anggap apa yang aku coretkan ini..aku bukan hendak menyalahkan sesiapa..jauh sekali ingin menyakiti..aku cuma ingin meluahkan segala perasaan yang terbuku di dalam hati..aku cuma ingin bercerita mengapa hipokrit terpaksa menjadi pilihan dalam hidup..
aku juga tidak menyokong sepenuhnya orang yang hipokrit..jauh sekali ingin membenci kerana aku juga seorang yang hipokrit..hipokritkah aku??hanya mereka yang tahu kerana mereka yang menilaiku..bukan aku..andainya tindakanku menutup segala perasaan daripada pengelihatan orang lain adalah hipokrit..maka hipokritlah aku..seandainya aku menidakkan perasaan yang aku rasa di dalam hati adalah hipokrit..maka hipokritlah aku..dan sekiranya menerima segala perkara yang berlaku walaupun aku ingin menolaknya adalah hipokrit..maka ya,aku sememangnya hipokrit..
tapi salahkah tindakan itu??adakah salah andainya mengambil jalan mudah untuk menerima sahaja semua perkara walaupun hati membenci dan tahu akan terluka..adakah tindakan menutup perasaan itu adalah salah kerana tidak ingin insan lain terluka kerana perasaan itu..mungkin mereka memandang tindakan itu sebagai suatu yang bodoh..namun bagi mereka yang merasakannya..itu mungkin merupakan jalan terbaik kerana bagi mereka lebih baik melukai hati sendiri daripada melukai hati-hati yang tidak sepatutnya..mungkin lebih baik hati itu menderita daripada melihat hati-hati yang lain tercedera kerananya..
semua orang mempunyai tafsiran tersendiri mengenai perkara ini..namun bagi aku..dalam hidup ini,kadangkala kita perlu menjadi hipokrit untuk melindungi hati-hati yang lain..tetapi andainya tindakan itu sebenarnya salah..apakah hukuman untuk kesalahan itu????
Hijack rumah Hanis
5 years ago
0 7 persons like..:
Post a Comment