BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

(^_^)

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Friday, December 2, 2011

dia ISTIMEWA...

assalamualaikum..


aku mengenali Dia tanpa sengaja..kebetulan berkongsi kerja yang sama..
tapi bagi aku dia cukup istimewa..kenapa??

sebab dia tidak seperti aku..dia punya kekurangan..kebolehannya terbatas..
tapi dia tetap bergerak dan meneruskan kehidupannya..tanpa mempedulikan kekurangannya..
aku kadangkala kasihan melihat dia..tapi dia tidak membenarkan aku mengasihaninya kerana dia mampu untuk melakukannya dan meneruskan kehidupan walaupun dengan kekurangan yang ada..

mengenalinya membuatkan aku semakin bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Tuhan kepadaku..dan aku amat berterima kasih kepadanya..kerana aku berpeluang untuk menyelami dan memahami bagaimana rasanya seperti mereka..walaupun mungkin tidak seperti apa yang sebenar mereka rasakan..

Saturday, November 19, 2011

holiday

assalamualaikum..

annyeong..!!..hehe
aku rasa-rasa, agak lama gak belog ne menyepi kan..hehe
actually bukan belog menyepi pun..
just tuan punya belog je yang malas nak update..
plus, internet connection ne macam nak mintak penampar..
bukan lembab lagi, tapi terus takde..
lama gak la aku tak online..
(ok done !! menatang ape yang aku merepek ne?? sila abaikan)

tapi....ada satu benda yang aku dengan BANGGAnya nak bagitaw kat dunia..

...AKU DAH ADA KAT RUMAH, TENGAH BERCUTI-CUTIAN!!~~!!
...HAHAHAHAHA...
(mode senangnya dalam hati)


selamat tinggal kampus yang boring..
selamat tinggal segala buku-bukuan..
selamat datang HOLIDAY!!!
ok suma..till then..anyyeong..
(^_^)v..

Tuesday, November 1, 2011

cepat

assalamualaikum..

again..
akhirnya aku kembali lagi ke tempat ini..
malas..bosan..muak..
semua perasaan bercampur..
mudah-mudahannnn la..
masa berlalu sepantas yang mungkin
supaya aku tidak perlu lagi berada di sini..
berhadapan dengan suasana yang membosankan..
aku tidak mahu terbiar di sini..
incik MASA, sila bergerak dengan CEPAT ya..!!~~
i dun wanna be here any longer..
chaeball..aigoo..


mode: demam cuti masih belum menunjukkan tanda untuk reda..lagi teruk ada la..uarrggghhh..nak balik rumah..miss home..tetiba plak jadi HOME SICK..AIGOO..!!!!~~

Thursday, October 27, 2011

kerang oh kerang

assalamualaikum..

its been a while..sekarang ne tengah mood cuti..so lepak je la kat rumah..hehe..ops, lupanak mentioned, aku sekarang ne duk lepak kat rumah my sista..hehe..cuti2 malaysia ..

erm, oleh sebab takde nak buat apa hari ni..so aku dilanda kerajinan..pagi2 lagi aku dah turun g kedai kat sebelah rumah kak aku (xda la pagi sangat pun..hehe)..tengok2 ada jual kerang..aku pun beli jek la tapi tak tau nak masak apa sebenarnya..hehe

so balik rumah..pikir nak masak apa..mula2 ingat nak bakar..tapi leceh la plak..last2 aku amik inisiatif yang lagi senang..masak kicap je la..sedap gak..hehehe

dan setelah bertungkus lumus di dapur, inlah hasilnya..hehehe



ni lah hasilnya..walaupun presentation hancuss, tapi sedap taw..hehe
okies guy..aku nak bersantap dulu yer..hehe.. bismillah.. ^_^

p/s : ne 1st time taw aku try masak kerang ne..nasib baik la jadi..hehe,
now dah jadi salah 1 makanan fevret aku..hehe

Thursday, October 20, 2011



i hate you..
i really do.
but because of that ONE thing..
i cannot let myself to abandon you..
its just so frustrating..

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday??

assalamualaikum..



model : Arif Saufi
location : somewhere in Peninsular Malaysia

alih bahasa...??

salam..

sekali lagi..diri rasa dipermainkan..aku sendiri tidak tahu bila keadaan ini bermula, tapi yang pastinya ia sesuatu yang telah lama.. memang insan itu adalah AKU..AKU adalah siapa yang mereka lihat selama ini..namun di sebalik AKU itu, ada DIA.. DIA yang aku tidak mahu sesiapa pun melihatnya..

aku seorang yang KUAT! dan aku akan selalu KUAT!
tapi aku sendiri tidak sedar bila AKU mula tunduk kepeda DIA..sepertinya aku menjadi semakin lemah.. kesakitan yang aku rasakan dalam diri seakan semakin pedih.. terasa seperti dihiris belati..aku tidak tahu untuk berbuat apa, tidak tahu ingin lari kemana dan tidak tahu ingin mengadu pada siapa..

aku hanya mampu diam dan sendiri dalam ruang kosong yang sengaja aku bina agar tiada yang dapat melihatku.. kerana apa??

aku mahu melindungi mereka di sekelilingku.. aku mahu sentiasa ada saat mereka rasa jatuh.. tapi, kadangkala aku terlalu melindungi mereka, sehingga aku lupa yang aku semakin hilang dalam ruang itu.. aku semakin hilang tapi tidak tahu ingin menggapai tangan siapa, meminta pertolongan.. adakah sesiapa yang sudi untuk mendengar aku?? aku tidak perlu kata semangat.. cukup sekadar mereka mendengar..

tapi aku sedar..tiada siapa di sana.. aku juga tidak berani menarik mereka untuk mendengar aku kerana mereka punya cerita sendiri..dan akhirnya, aku memilih untuk terus diam di dalam ruang itu..

aku sebenarnya TAKUT..aku TAKUT jika aku terpaksa kehilangan mereka kerana perkara ini.. jalan terbaik adalah untuk terus diam dalam ruang itu..aku rasa, aku lebih rela untuk menyembunyikan DIA, daripada terpaksa kehilangan MEREKA..

stop kat sini dulu..malas nak sambung panjang2..kredit to CassandraRaquel a.k.a miss D.. ko punya entry tatap terbaik..hehe love it..

Monday, October 10, 2011

be strong

assalamualaikum...

wahai hati..
aku mohon dengan sangat..
sila bertahan semampu yang boleh..
walaupun untuk satu jangka masa yang singkat..
tapi cukuplah..
asalkan mampu untuk menepis perasaan itu..
please..
mohon dengan amat..
"Ya Allah, beri kekuatan pada hamba ini untuk terus bertahan"..

Allah tidak akan menguji hambanya melainkan dia mampu untuk menghadapinya..be strong neng....please...!!!

Wednesday, October 5, 2011

help..help..

assalamualaikum..

ok fine..
walaupun assignment dah habis..
tapi aku still macam org gila..
kena buat kerja..
adeeiiii..
tolonglah bagi space ngan aku..
please..
amat memerlukan ruang dan waktu untuk bernafas dengan betul ne..
tolonglah..
jangan menambahkan kekusutan jiwaku yang memang sedia ada..

!@#$%^&*()(*&^%$#@!#$%^&*()(*&^%$#@!@#$%^&*

mode : kekusutan melanda jiwa..

Wednesday, September 14, 2011

update

assalamualaikum..

salam aidilfitri semua..walaupun dah dekat 3 minggu kita berhari raya, tapi still mood raya tu masih ada kan..

rasa-rasa aku, dah hampir 1 bulan aku tak bukak blog ne..ne bukan bersawang dah ne..kalau ada habuk, kompom dah 3 inci tebal..hehe..well, alasan standard..busy a.k.a sibuk yang amat..hehehe..

so, just nak passing by and update status aktiviti aku sekarang ne..

buat masa sekarang, kerja aku tertumpu kepada assigment yang perlu di submit..2nd PBS pun dah habis..so kerja seterusnya, report lah..apa lagi kan..huhuhu

actually aku nak gak citer skit pasal raya n PBS aku baru-baru ne..tapi sekarang tengah malas, so aku citer dalan next entry lah ye..hehehe..

ok everybody..till then..salam..
(^_^)v...

Friday, August 19, 2011

menghitung hari...!!

assalamualaikum semua..

alhamdulillah..syukur..thanks ALLAH..
nape?? ye la, sebab masih lagi diberi peluang untuk hidup di bumi ni..betul kan..

erm..rasanya hari ne, kalau aku tak salah kira, dah masuk 19 hari kita berpuasa kan..
almost half month..and tak lama lagi dah nak raya..best kan..hehehe..
kalau budak-budak yang dok study kat U ke, ataupun kat mana-mana IPT or IPTS la..
mesti tengah menghitung hari nak balik beraya kan..hehehe..

biasa lah tu..terutamanya kalau perantau macam aku ne..
(merantau lah sangat, padahal sebelah negeri je..hehe)

hurm..menghitung menghitung gak.. yang tak bestnya..kerja yang nak kena submit sebelum balik tu.. adei, malas yang amat..!!! setuju tak??

kena lagi kalau orang yang 'sangatlah rajin' macam aku ni.. hehehe.. memang payah sikit la..
ne pon dok bersengkang mata nak siapkan refleksi segala..
(tapi update blog sempat lagi..hehe..)
tu la pasal..buat lagi kerja last minit..kan sendiri susah..padan muka aku..!!! hihi

owkeyh..now jam dah almost kul 4 pagi..alang-alang dah berjaga ne, bek aku sahur terus kan..(padahal muka paling pemalas nak bangun sahur..:p )
pastu aku nak sambung buat keja..selamat bersahur semua..
(^_^)v..

p/s: mintak maaf lah ye kalau penggunaan bahasa aku banyak campur..memang hancuss la..so kepada yang di luar sana..jangan ikut ye..ini sekadar suka-suka je..ok..peace..(",)v..

Monday, August 8, 2011

assalamualaikum..

SALAM RAMADHAN buat semua..

lama kan aku tak update..well, time macam ne memang jarang nak online..apatah lagi nak menulis kat blog ne..semuanya jadi sibuk..huhu

hurm..hari ni dah masuk Ramadhan yang ke-8..rasa macam sekejap kan..tak sedar rupanya dah seminggu umat Islam berpuasa..

untuk aku, so far, semuanya ok jek..kadang-kadang tu rindu gak la nak berpuasa kat rumah..adeii..miss that time..rindu plak nak berebut makanna ngan anak buah aku..rindu nak gaduh ngan diorang..waaaa...homesick seketika..

rindu nak makan masakan kat rumah..adeh..mana nak cari kat sini..kalau kat sini, memang hari-hari aku kena beli kat cafe la..kalau rajin keluar, dapatlah rasa makanan kat bazar..hurmm..

ok lah..saja nak tulis sikit-sikit pasal ramadhan ne..now nak g sahur..nak join??jom..hehe..till then everyone..Selamat Bersahur dan Berpuasa semua.. (^_^)

Friday, July 29, 2011

i wonder...

assalamualaikum..

siapa sebenarnya dia tu??
makin lama mengenalinya..
makin rasa hairan..
hurm..
hopefully dapat mengenali 'DIA'
dengan lebih baik..
..(^_^)..




Thursday, July 21, 2011

assalamaualaikum...

tak taw nak tulis apa..
tapi tangan gatal gak nak update...
mood tengah keLAUT sekarang..
trying my best to handle the situation..
hopefully happiness will always be with me..
chaeballl..oo..chaeball..
ottokkee...!!!

(-_-)

Thursday, July 7, 2011

ada apa dengan 07.07.11??

assalamualaikum..

tarikh hari ne adalah 07.07.2011..lawa kan nombor kat depan tu..ala2 james bond gitu..agak-agak korang la kan..ada apa dengan nombor itu??hehehe

meh sini aku nak story skit..nombor ne sebenarnya nombor bertuah taw..taw kenapa??sebab suatu masa dahulu..pada tarikh 07.07.1990, telah lahir seorang bayi perempuan yang sangatlha comel a.k.a aku lah tu..(mode perasan jap)..

ok2..di pendekkan cerita..dengan kelahiran bayi perempuan tadi..maka bertambahlah seri dunia ini..haha..(ye la tu..:p)

sedar tak sedar dah 21 tahun budak perempuan itu menceriakan muka bumi ini..sekarang ne pun budak perempuan tu dah nak masuk alam wanita dah..hehehe..ALHAMDULILLAH..syukur sebab ALLAH masih lagi bagi peluang kat budak tu untuk menghirup udara segar kat muka bumi ne..

walau apa pun..still nak ucap tahniah kat budak tu..sebab masih lagi mampu untuk menghadapi kehidupan selama 21 tahun ne..harap sangat yang budak perempuan ne akan jadi orang yang lebih tabah,sabar dan setia dalam menempuh dugaan hidup..harap sangat yang budak perempuan ne akan menjadi seorang wanita yang solehah dan layak untuk disayangi..(ayat last sekali tak ble balh..hehe)

ok lah..rasanya tu je kot yang nak diceritakan..hopefully budak perempuan itu akan sentiasa bahagia di dunia dan akhirat..INSYA-ALLAH..
till then semuanya..



ha..ne lah budak pompuan yang aku dok kata dari tadi..amacam..ada ciri wanita solehah tak??hehe..btw, HAPPY BIRTHDAY untuk saudari ini..
...(^_^)v...

Tuesday, July 5, 2011

percubaan pertama..

assalamualaikum..

same as always..lama tak bukak blog ne..ok..now straight to da point..actually ne percubaan pertama aq nak mengedit2 gambar ne..aku pun tak tahu lah ok ke tak..just nak share ngan korang..kalau sesiapa ada komen yang boleh membantu tu..sila lah beritahu ye..boleh gak tolong improve sikit2 kan..need guidance here..hehe..


*model : my grandma..nenek hajar
location : kg.baru..wedding sist ita

ok la suma..as i mentioned just now..nw adalah percubaan pertama aku..so kalau ada cacat cela tu..harap di maafkan lah ye..till then..night..
...(^_^)...

Saturday, June 18, 2011

another SEM begin,,

assalamualaikum..

seperti biasa..belog aku ne dah mula nak bersawang..sebab musababnya..malas nak citer la..

sekarang ne aku baru je beberapa jam menjejakkan kaki ke bumi kenyalang..kalau kitukan hati, tak nak rasanya naik 'belon' pegi sarawak ne..masalahnya.......
"rumah kata pergi..maktab kata mari..
''..cuti kata pergi..kuliah kata mari..''
so..terpaksalah meninggalkan bumi di bawah bayu dengan hati yang BERAT...hehe

now..SEMESTER baru dah nak mula..cabaran pun makin berganda..tambah-tambah plak kena berhimpit-himpit dalam bilik yang kecil ini..adeii..memang COBAAN sungguh..

strategi aku????..erm..aku pon tak tahu strategy apa yang nak diguna pakai untuk semester ne..mudah-mudahan jek la semester ne sifat RAJIN aku mengatasi sifat MALAS yang amatlah tinggi ini..kalau tak memang SUSAH la jawabnya..hehehe..(motivasi untuk diri sendiri)..

ok..have to go now..banyak lagi kotak-kotak dan barang-barang yang menanti untuk di kemas dan disusun ne..nak start 'deko bersama Neng' plak lepas ne..hehe..till then..annyeong..
...(^_^)...

p/s: fasa 1 operasi mengemas bilik dah siap..fasa yang mat mencabar ye..sampai koyak jari kelingkingku kerana terlalu excited nak mengemas..isk3..sakit woo..

Friday, June 10, 2011

menyepi..

assalamualaikum..

lama aku menyepi dari dunia blog ne...bukannya aku merajuk..sekadar mahu bersendirian..huhuhu (ayat klishe sungguh)..


ala..ayat senangnya..aku agak MALAS kebelakangan ini..bukannya apa..bila dah cuti ne, malas pulak nak online..bosan kot online hari-hari kat hostel..so bila dah kat rumah ne..rasa nak relax sikit la..lagipun aku banyak habiskan masa dengan buat kerja-kerja kat rumah ne..bergaduh ngan my anak-anak buah yang nakal..etc..etc..

sekarang ne, budak-budak tu tak ada kat rumah..bosan sorang-sorang..tu yang online tu..hurm..nak ikutkan memang malassssss sangat..hehehe..
tak tau la..mungkin bila baik hostel nanti, kerajinan tu akan melanda semula diriku ini..hehe

okies..now aku nak sambung tengok tv plak..aku nak balas dendam beberapa bulan tak dapat tengok tv kat asrama..hehe till then everyone..:)

p/s: lupa nak mentioned..sekarang KENINGAU a.k.a kampung halaman aku tengah adakan
SABAH GAMES (SAGA) @ sukan Sabah..so seluruh daerah dari negeri sabah tengah berkampung kat KENINGAU ne..so memang agak sesak la daerah KENINGAu yang memang dah sedia kecik ne..huhu..papepun..fighting tuk semua athletes..
...(^_^)...

ne maskot utk tahun ne...
MATULAI

SAGA ke-5 KENINGAU 2011

Friday, May 27, 2011

kalau dah JODOH..

assalamualaikum..

yess..akhirnya exam aku dah selesai..now fikir nak balik jer...another 1 and half day lagi..so sabar2..hehe..(^_^)

ok..dengar bunyi jek pun dah pelik kan..actually aku nak tanya pendapat korang la..dalam zaman sekarang ne..still ada lagi ke benda macam KAHWIN PAKSA..atau dalam bahasa lembutnya, kahwin bukan atas kerelaan diri sendiri??korang rasa-trasa ada lagi tak??

lagi satu yang aku musykil..kalau lah parents korang yang carikan jodoh untuk korang, agak-agak korang terima tak??kiranya kahwin atas ketentuan and pilihan mak bapak la..
korang sanggup tak??

erm..kalau aku la..aku pun tak taw..sebab aku rasa pilihan mak bapak ne bukannya ada masalah pun..kadang-kadang pilihan mak bapak ne lagi baik and kekal lama berbanding dengan pilihan sendiri..betul atau tak tu, aku pun tak boleh nak jawab la sebabnya aku pun belum ada pengalaman..hehehe

tapi..walau macamana sekalipun..jodoh tu ketentuan Allah kan..tak kiralah kahwin paksa ataupun pilihan sendiri..kalau jodoh kita memang dengan orang tu, memang akan kekal jugak kan..setuju??

so konklusinya.....
aku pun tak tahu..hehehehehe..(^_^)

okay semua..till then..nak menidurkan diri dulu..
@_@


p/s: hehe..aku sendiri pun tak tahu la nape aku pilih topik ne untuk di jadikan bahan update..tiba-tiba jek terfikir..hehehehe..

Wednesday, May 25, 2011

otak TEPU,,

assalamualaikum..

actually sekarang ne aku tengah busy membaca nota..
masalahnya..BANYAK SANGAT LA!!!!!!
sampai aku rasa OTAK ne dah TEPU..
banyak sangat FAKTA..
macam-macam TEORI yang nak dibaca..
belum lagi soklan KBKK..
haish..bak kata classmate aku..
"rase nak bakor je buku ne"
hahahaha..

p/s: ok..apa yang aku mengarut ne??sila abaikan yer..sekadar nak melepaskan penat study jap..nak jem dah otak ne rasanya..nasib baik paper last..T_T

Tuesday, May 24, 2011

aku LAMBAT..!!

assalamualaikum..

memang lama tak bukak blog ne..kenapa??sebab EXAM WEEK la..
hehehe

oh ya..nak citer skit ne..insiden pagi tadi..memang ada hubungkait ngan minggu EXAM gak la..

nak dijadikan cerita, pagi ISNIN yang indah tadi..aku sepatutnya seat untuk paper EDU 3102..sebabkan subjek ne sangatlah banyak benda yang nak di hafal..aku pon menggagahkan diri untuk menghafal fakta-fakta yang ada..

punyalah semangat study..rumet aku pon sama..lagilah semangat..

namun begitu, semangat kitaorang yang berkobar-kobar tu dah menyebabkan pada paginya..AKU ngan RUMET bangun LAMBAT..exam start pukul 8.30..tapi kitaorang bangun pukul 7.50..memng kelam kabut la..itu pun nasib baik la rumet aku sedar..kalau tak, alamatnya adalah yang tak boleh seat exam..

rasa macam tak cukup tanah jek aku berlari pegi dewan exam.dah la jauh dari asrama..isk3..insaf2..pas ne jangan la aku bangun lambat lagi..

p/s:nasib baik paper tadi boleh gak la aku jawab..takde lah payah sangat macam paper EDU 3101 hari tu..hehe..ok..2 papers to go..pas tu aku BALIK KAMPUNG..haha..
...(^_^)...

...exam oh exam...

Thursday, May 19, 2011

freaking EXAM..

assalamualaikum..

tengok tajuk je pun dah taw yang mood tengah BENGANG..haha..memang bengang pon..mana taknya..soklan exam SUSAH yang amat..lain yang aku baca,lain yang kuar..isk3..T_T

ne lah 1st time aku rasa memang merapu jawab exam..bak kata member-member lain..memang GORENG HABIS LAAA...masalahnya ntah betul ntah tidak..satu hapa pun aku tak tahu..
HAHAHA..

masalahnya..salah sapa??habaq mai sat..SALAH SENDIRI ok..!!..
sapa suh tak blajar???kan dah tak taw nak jawab apa..
PADAN MUKA..!!!
insaf..insaf..

jadi, kesimpulannya..belajar lah dari sekarang yer..jangan sok nak exam,baru nak study..bek tak payah..ngeh3..
ok lah..now aku kena start study untuk 3 paper yang akan datang..kalau tak,kejadian sama akan berulang..haha..taubat2..till then..
...(^_^)v...

p/s: another 3 paper menanti..suma paper yang lg killer dr paper ptg tadi..mintak2 lah aku tak kena repeat..AMIN..hehe

Sunday, May 15, 2011

teachers to be..:)

assalamualaikum semua..

dah berapa hari ek agaknya aku tak bukak blog ne..bz sensangat la..(ok, ayat klishe d situ..)..plus..dalam 2 3 ari ne blogspot mengalami sedikit masalah kan..itu yg aku dengar daripada member2 blogger yang lain la..

ok..stop ngan citer2 duniawi..aku nak share ngan korang suma gambar yang sempat di amik sempena 2 hari aku roam waterFRONT..hehe..

picca 1: antara tempat lepak fav aku..waterfront

picca 2: menelusuri persisir waterFront..(ntah betul tidak ayat aku ne)
(sila abaikan orang di hadapan itu)

picca 3: kenal tak orang ne??iNcik Shamsul Ghau2..:)

picca 4: berehat sebentar sambil berposing..ngeh3..:)


picca 5 : dah jadi duta Ujang plak minah baju kotak2 tu..hehe..:)

actually..banyak lagi gambar..tapi aku muat naik kat FB kebanyakannya..nanti ada masa aku muat naik lagi yer..letih bebenor dah ne..hehe..till then..(^_^)


p/s : lokasi penggambaran adalah di waterfront, sempena karnival sambutan hari guru peringkat kebangsaan..Sarawak jadi 'host' tahun ne..yang ne baru 1st day (14/05/2011)..2nd day coming soon..hehe..

Friday, May 6, 2011

Happy Mothers Day mak..

assalamualaikum..

tiada kata mampu mengungkap..
segala rasa yang terpendam..
hanya doa dan harapan..
agar kau sentiasa tenang disana..

"SELAMAT HARI IBU..MAK"

beribu bintang di langit kini menghilang
meraba aku dalam kelam
rembulan mengambang kini makin suram..
pudar ilhamku tanpa arah

sedetik wajahmu muncul dalam diam
ada kerdipan ada sinar
itukah bintang ataupun rembulan??
terima kasih ku ucapkan..

izinkan ku mencuri bayangan wajahmu..
izinkan ku mencuri khayalan denganmu..
maafkan lah..
andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu..
kau senyumlah...
sekadar memori kita di arena ini..
KAU ILHAMKU...


buat insan bergelar IBU..

mungkin aku bukan seorang anak yang boleh di banggakan..
mungkin aku bukan seorang anak yang boleh kau harapkan..
kerana aku sering lupa pada tanggungjawabku..
kerana aku sering lalai dalam kehidupanku..
namun..
hanya ini yang mampu ku ucapkan..

sekalipun nafasku terhenti..
sekalipun Pencipta menjemputku..
sayangku padamu..
takkan pernah terpadam..
IBU..


p/s:lama tak buat entry "from the bottom of my heart"..sempena hari ibu ne, saja nak melepaskan rindu dihati..biar satu dunia taw..aku RINDU sangat2 kat mak..semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..AMIN..nak letak pic..tapi takda pic mum..sob3..xpa2..HAPPY MOTHERS DAY..!!

Thursday, May 5, 2011

repost..

assalamualaikum..

tak nak bebel banyak-banyak..ne antara entry yang pernah aku buat kat dalam blog fs tu..hehe..

kenangan terindah…

January 13th, 2010

semalam aq lahir sebagai aq..

aq membesar dan dewasa dalam aq..

tapi bila aq sampai d tempat itu..

aq belajar menjadi kami..

aq belajar apa itu kita..

aq blajar apa itu bersama..

aq belajar memberi dan menerima..

aq sayang tempat itu..

aq rindu masa itu..

terlalu rindu..

aq ingin kembali ke sana..

tapi adakah aq dperlukan lg???

adakah aq dterima lg???

aq perlu menjadi kuat..

kuat untuk menerima bhawa aq tdak diperlukan lg dsana..

aq kini harus belajar menjadi aq semula..

terima kasih pada semua yg mengajar aq menjadi kami…terima kasih atas segalanya….

terima kasih sahabat….

Bookmark and Share
The End

start something new…..

December 21st, 2009

its all over..

its better for me to start something new in my life..

its all for my good..

like people always said..

let bygone be bygone..

just continue ur life..

and the important thing is..

enjoy it until the end……

Bookmark and Share
The End

kita sering lupa..

December 8th, 2009

kdg2 kita terlupa kita pernah bersamanya..kdg2 kita terleka yg dia selalu membuat kita tertawa..kdg2 kita tersenyum kerana dia pernah buat kita bahagia..adakalanya kita menangis kerana telatahnya membuatkan kita merinduinya..orang itu adalah orang yang pernah berkongsi suka dan duka bersama kita..berkongsi pahit manis perjalanan hidup ini..dan bila dia menghilang,bru kita rasa bagaimana pentingya dia dalam hidup kita..betapa pentingnya dia hinggakan kita tidak mampu untuk menghadapi kehilangannya..kita rasa skit bila kehilangannya..tapi perkara itulah yang mengajar kita untuk menjadi lebih menghargai…

Bookmark and Share
The End

C.I.N.T.A….

November 26th, 2009

PERSOALAN UNTUK CINTA
”Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya…………………………………..CINTA.
“CINTA TAK BERIKAN APA-APA & TAK AMBIL APA-APA KECUALI DIRINYA SENDIRI. CINTA TIDAK MEMILIKI, PUN TIDAK INGIN DIMILIKI, KERANA CINTA SUDAH CUKUP UNTUK CINTANYA. BIARKAN CINTA MENCARI……….. CINTANYA.”

Bookmark and Share
The End

demi cinta….

November 23rd, 2009

maaf andai aku telah menyakitimu..andai aku pernah mengecewakanmu..bahkan pernah ku sia-siakan diriku..dan ku bawa kau bersamaku,jd sepetiku..

walau hati ini terus menangis,menahan kesakitan ini..tetap aku lakukan semuanya demi CINTA..dan akhirnya..aku harus relakan juga..bila masa aku harus kehilangan cinta sejatiku..saat semuanya telah kuberikan..dan segala kekurangan telah ku perbaiki..

namun,andai ini yang terbaik bagimu dan diriku..akan aku terima semuanya..demi CINTA..

dan bila aku harus jujur..aku tak punya kekuatan..saat terakhir kali tangan mu ku genggam..tak ingin rasanya aku lepaskan tangan itu..namun,yang pastinya..kita tak mungkin kan bersama lagi..

dan bila nanti..aku temui dirimu bahagia..aku ingin kau izinkan..biara aku bisa terus menitipkan kisah cinta kita..untuk selamanya..

Bookmark and Share
The End


hehe..thats what we call, copy paste..(kes malas nak type semula la ne..huhuhu)..

tu jek la...till then semua.. ^_^

FRIENDSTER in memory?

assalamualaikum..

masa sekarang ne nak dekat kul 4 pagi dah..tapi mata aku masih lagi tak mengantuk..nak buat kerja, tapi otak dah blur..tak taw nak buat apa.....

tiba-tiba aku terfikir nak buat satu benda..benda yang rasanya dah berkurun aku tak buat..
LOG IN FRIENDSTER..!!!..hehehe


korang ada lagi tak FRIENDSTER??..aku rasa zaman sekarang ne tinggal berapa kerat jek yang masih aktif kat FRIENDSTER atau singkatannya FS kan..aku sendiri pun dah bertahun tak bukak fs ne..nasib baik lah password ingat lagi..actually aku nak berterima kasih kat FRIENDSTER ne sebab dengan fs ne lah aku mula berjinak-jinak dlm dunia siber ne..dulu pegi cyber cafe a.k.a CC semata-mata nak bukak fs jek..huhu..nostalgia2..


pas tu kat fs ne ada satu ruangan untuk blog taw..tapi blog ne boleh bukak kalau kita log in fs jek..(kalau tak silap aku la)..aku pun ada buat satu..tengok member lain buat, aku pun nak jugak..dasar betul..!!..huhuhu..bila baca balik entry dalam blog tu, aku sendiri pun boleh ketawa..hehehe..nanti aku buat satu entry untuk post2 lama kat blog fs tu..rasa macam best jek..(apsal aku rasa ayt aku berterabur ne???erk...)

huhu..aku rasa tu jek la kot serba sedikit pasal fs ne..nak citer panjang2, takut boring plak orang nak baca..haha..(sebenarnya dah Xda idea nak tulis apa..)

okie la..sekarang dah kul 4.30..tapi aku belum tidur lagi..tak taw la nak jawab apa kalau TERtidur waktu lec sok..dah la kelas awal pagi..masak aku..hehe..till then everyone..
(^_^)

p/s : try renovate blog ne..tak taw la ok ke tak..hopefully ok la dari yang dulu..:)



Tuesday, May 3, 2011

exam is around the corner..

assalamualaikum..

erm..agak-agak dah berapa lama aku tak bukak blog ne ek???..
huhu..dah dekat nak bersawang ne..hahaha..
sebabnya......
biasa lah kan..student macam aku ne mestilah busy ngan assignment yang berlambak n kerja sekolah yang bertimbun-timbun..

ne plak..EXAM dah nak dekat..tinggal 2 minggu lagi masa untuk study..
tapi AKU????
macam biasa la..esok nak exam..hari ne baru aku study..
hahaha

PERHATIAN : JANGAN IKUT PERANGAI AKU NE TAW...BERBAHAYA UNTUK KESIHATAN RESULT ANDA...SILA BELAJAR DARI AWAL...!!!!
(pesanan penaja)

ok lah..actually entry ne saje jek..alasan untuk mengupdate blog..hehe..now aku nak sambung buat kerja yang tak reti-reti nak habis..till then yer..annyeong..!!
...(^_^)...

p/s: actually, aktiviti selepas exam tu sebenarnya yang di tunggu-tunggu..CUTI SEMESTER..hahaha..!!!

Saturday, April 23, 2011

adakah aku CUPID a.k.a POSMEN CINTA????

assalamualaikum semua..


hari SABTU yang INDAH..memang akan ku manfaatkan sepenuhnya untuk melakukan aktiviti kegemaranku iaitu ONLINE..hehe

lama gak la tak update (lama ka??)..
nak BW pon jarang dah..hehe..macam besa la..kekangan kerja dan belajar (ops..ayat tak ble blah disitu)..hehe..

pelik tak tajuk entri kali ne..kalau tak pelik pun buat2 pelik jek..hehe

hurm..camna nak start ek..???...
(tu la pilih lg tajuk pelik,kan dah tak tau nak start cmna..isk3)

ok..gini citernya..aku pun tak taw la sejak bila aku ada jawatan tambahan ne..nak kata aku apply..rasanya tak pernah pun..tapi orang dengan senang hatinya nak bagi aku jawatan tu..

mana taknya..asal makwe tak angkat call jek..mesti handpdone ku yang menjadi sasaran c boiprennya..siap tanya makwe dah tido blom??mkawenya tu ihat ke tak?? adei..udah jadi kaunter pertanyaan ke aku ne??..hahahaha

pas tu kalau c makwe2 ni tengah bad mood plak..mesti suh aku menipu ke boipren2 mereka..siap suh buat drama swasta lagi..haha..nak gelak pun ada..

aku tak marah pon sebenarnya..lagi suka..sebab ble taw camna keadaan orang bercinta ne..ye la...aku ne mana la ada pengalaman..hehehe..(ok..penipuan berlaku disitu..haha)

lagipun, aku ble la belajar camna nak handle masalah cintan cintun ne..bole dengar prob orang..dan ble tolong selesaikan mana yang patut..best taw..

tapi jangan risaw la..rahsia n probs korang, seal n secure bila bersama ku..hehe..
malas la nak citer2 ne..bukan dapat apa pun..kalau dapat duit lain la..haha..tapi jangan risau la..aku ne baik tau...(ok..sekali lagi ayat tak ble blah..)

so, konklusinya..aku akan tetap setia jadi posmen cinta a.k.a cupid mereka2 itu..selagi mereka memerlukan khidmat aku la..hehe

okie la..nak sambung buat kerja dulu..cuti2 pun..kerja mesti jalan..hehe..till then everyone..
(^_^)

Tuesday, April 19, 2011

pleaseeee..!!!! STOP..!!

assalamualaikum semua..

tak nak cakap banyak..

just nak mintak TOLONG SANGAT-SANGAT..

kepada MEREKA-MEREKA yang berkenaan..

CUKUPlah sampai hari ni dulu OK...

aku dah PENAT SANGAT-SANGAT ne..

bagi lah aku masa rehat sikit...

PLEASE...!!!!

tak mintak banyak..sikit pun jadi la..

letih sangat-sangat dah ne..

untuk hari ni jek pun jadilah...

PLEASE..merayu dah ne..

IM REALLY EXHAUSTED...!!!


p/s: tQ untuk yg sentiasa memahami..to others, faham skit pun jadilah ek..

Sunday, April 17, 2011

Im Back..=)..

assalamualaikum semua..

lama gak kan aku tak bukak blog ne..sampai ada anasir2 luar yang nak menjajah blog ne seperti sang labah-labah..sang semut..dan segala sang lagi..huhu..

actually aku baru jek balik dari program BIG..nak citer sikit la..tak banyak..sikit jek..program ne memang best..ble dikatakan suma aktiviti ada..hehe..dari laut sampai ke darat..memang terbaik la..part aku paling suka sekali adalah part berakit..walaupun aktiviti yang memanggang kulit, tapi tetap best..siap berenang macam ikan duyung pun ada..haha..best..

best2 pun..sakit gak la..bila aktiviti dah habis tu..baru ko taw langit tinggi ke rendah..sakit seluruh sendi yang ada ne..kulit jangan cakap la..macam udang panggang dah jadinya..nasib tak rentung jek..huhu..tapi walau apapun..memang TERBAIK wok..=)

part BIG memang best..part yang tak bestnya tu, balik2 dari BIG je..kena jawab EXAM..aduuusss..sepatah haram pun aku tak baca..ne memang masuk dewan ngan otak kosong jek la..mana taknya subjek yg aku nak amik exam ne, memang lect tak bagi notes apa pun..masuk kelas pun 2 kali jek sepanjang sem ne..memang tawakkal habis la..

now..nak kena proceed ngan report BIG plak..dan yang paling penting, ada 2 lagi assignment yang nak kena submit..huhu..

okie..sekarang nak sambung buat keja..hehe..annyeong..^_^

Sunday, April 10, 2011

im going away..

assalamualaikum semua..

amik mood sedey skit..sob..sob..sob..

yup..im going away..
dah tak ada lagi yang tinggal untuk aku disini..
aku bosan dengan semua yang terjadi..
jangan ditanya ke mana ku pergi..
biarlah aku pergi membawa diri..
bersama luka yang parah dihati..
(-_-)
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
hahahaha (gelak sekuat-kuat hati)..ayat tak ble blah sungguh..JIWA you..!!
actually..memang im going away..tapi bukannya sebab nak merajuk ke..hape ke..buang masa ok..!!aku sebenarnya nak pergi membina diri..diulangi sekali lagi MEMBINA DIRI, bukan membina badan ok..

membina diri ne maksudnya nak membina jati diri..ye la..nak jadi CIKGU kan..kenalah ada JATI DIRI yang TINGGI..badan tak tinggi takpe..yang penting jati diri tu mesti setinggi langit..(eh..ape aku merepek ne???)

so di pendekkan cerita..actually aku nak pergi kursus BINA INSAN GURU a.k.a BIG..kursus ne anjuran maktab tempat aku study..untuk pengetahuan korang semua (buat sesapa yang tak tahu la)..kursus ne adalah kursus WAJIB untuk SEMUA GURU PELATIH IPG seluruh MALAYSIA..!!! jangan main2 taw..kursus ne akan di amik markah and kalau ada sesapa yang fail, kena ulang semuala sampailah lulus..kalau fail tak ble nak teruskan study oo..dahsyat kan...

so,sebab tu la aku cakap im going away..kursus ne akan berjalan selama 4 hari..so selama 4 hari tu jugak lah takda internet..tak da FB..takda Blog..even takda HENPON..ha amik kau..strict tak strict kursus ne..sampai henpon pun tak ble..

so, selama 4 hari aku takda ne..aku nak ucap la kat korang semua..

1. wish me luck ok..

2. teruskan melawati blog aku yang comel ini..
(xda yg nak puji,so aku puji blog sndri)

3. JANGAN MERINDUI DIRIKU INI YER..haha
(terus terang ini ucapan yang sungguh tak ble blah..sila jangan muntah yer..hohoho)

ni untuk tatapan korang..kalau2 korang rindu aku ker..hahaha
(ok..sila jangan muntah untuk kali ke dua yer..)


ok lah..aku blom packing lagi ne..kang kelam kabut plak besok..till then..annyeong haseyo chingu ya..!!...(^_^)

Thursday, April 7, 2011

bual kosong..

assalamualaikum semua..

rasanya dah lama jugak aq tak bukak blog ne kan..ada jugak dalam seminggu kot..uish..lama gak tu..kalau la blog ne kategori tumbuhan,kompom dah layu..dah mati pun..ye lah..seminggu tak disiram..huhu..


huhu..ok2..actually bukan aku malas nak update..tapi kan..banyak sangat kerja yang nak kena settle dalam minggu ne..mana taknya, suma assignment nak kena submit dalam minggu ne..report PBS lagi..adei..memang tak terkata la..


lagipun, beruk band kesayangan aku tengah sakit..tak tahu lah bila nak sembuh..sob3..

hurm, dalam kesibukan tu, jangankan nak update blog..bukak FB pun jarang dah taw..apatah lagi nak BW..rindu2..!!

dah tu, tugas aku pulak makin bertambah..semua program yang aku join,sumanya aku jadi setiausaha a.k.a tukang tulis..mana tak bertambah kerja..kalau 10 program aku join..sepuluh2 tu aku lah jadi secretary..


musykil gak aku..apsal la diorang ne suka sangat bagi aku tugas S/U..ingat senang ke nak jadi S/U ne?/suma benda nak kena catat..pastu kena buat report la..itu la..ini la..padahal aku sangat-sangat la tak suka nak menulis benda2 yang formal ne..kalau merapu , aku suka la..hehehe..ye la, penat wei, nak pikir lagi, susun ayat lagi..isk3..



kalau ada anugerah jawatan terbanyak..aku ada harapan menang kot..pas tu kalau ada minggu setiausaha,patutnya diorang kena raikan aku sekali..ye la..aku kan SETIA berUSAHA..huhuhu..

ok la..ne pon aku amik masa kejap jek nak update..sebab nak meraikan diriku yang dah berjaya menyiapkan report PBS dan assignment lain..nak kena hantar esok taw..hehe..ok guys..till then..next time kalau dah lapang skit..aku sambung merapu pulak ye..

...(^_^)v...

Thursday, March 31, 2011

HOPELESS..POINTLESS..USELESS

assalamualaikum semua..

alhamdulillah..esaimen aq almost done..tinggal report jek lagi..nak buat tapi memang takde idea langsung..dah pening kepala aku nak mencari idea tu..tapi tak jugak muncul-muncul..ntah gua mana la idea tu pergi bertapa..isk3..

tengah aku perah otak nak cari idea untuk report tu..tiba2 gatal tangan aku nak bukak page ne..tak tahu lah kenape..lancar jek tangan aku gi klik kat page tu..


dah klik tu..aku pegi pulak scroll sampai lah aku terjumpa ngan ayat-ayat yang membuatkan mood ku melayang tidak tahu kemana..hurmm..

aku taw benda tu sia-sia..tapi aku masih nak buat..aku sendiri pun tak tahu lah kenapa..kenapakah aku ne KERAS KEPALA SANGAT2???aku kesian gak tengok diri aku ne..tak tahu lah sampai bila aku nak macam ne..PATHETIC sangat..


ramai yang nasihatkan aku untuk lupakan benda tu..aku pun akui benda tu..tapi hati ne kadang-kadang tetap jugak nak buat benda tu..padahal memang POINTLESS..USELESS..HOPELESS dan segala LESS lah..hurrmmm..


aku pun dah tak tahu kali ke berapa dah aku mengeluh ne..benda ne betul buatkan aku jadi orang yang BODOH..nak salahkan sapa??memang totally salah aku..aku yang tak reti nak dengar nasihat orang..sampai orang pun dah muak nasihatkan aku..aku tak jugak berhenti dari buat benda yang HOPELESS tu..kenapa??


soalan tu yang sampai sekarang aku sendiri tak tahu nak jawab macamana..padahal jawapan tu ada pada aku..haishh..benda ne betul-betul buatkan aku lemas..lemas dalam keadaan yang aku sendiri susah nak elakkan..i really wonder, adakah benda, insan atau apa saja yang boleh buat aku lupa kepada perkara ne??aku berharap sangat..(i'm really sound PATHETIC kan)..


"its such a pain to be in this situation..i'm trying hardest t
o avoid this from happen..but still..i end up thinking of u..it's make me such a pathetic person..i know it's hurting and annoyed you..but it's hurting me more.."

if only i can forget you..it's such a great thing that i can ever do in my life..but as the words say..

TRYING TO FORGET SOMEONE YOU LOVE..IS LIKE TRYING TO REMEMBER SOMEONE YOU NEVER KNEW..


aku pun dah tak tahu apa benda yang aku mengarut ne..tak kesah la korang nak baca ke tak..tapi ne lah apa yang aku rasa..hurm..pelik kan aku ne..even aku sendiri pun pelik..apatah lagi orang lain..entahlah..malas nak cakap lagi..

p/s: tu lah..sape suh gatal sangat nak tahu..kan dah touching sendiri2..neng2..pe la nak jadi dengan aku ne..???..




Wednesday, March 30, 2011

thanks to TUAN BESAR..=)

assalamualaikum semua..

actually, sekarang ne still tak sihat lagi..dah dekat 3 hari kot aku mengalamai sakit tekak n selesema yang agak teruk..sampai kena tidur sebelah kotak tisu taw..hahaha..


tapi, nasib baik la aku ne jenis lasak sikit..sakit pon tapi rupa takda macam orang sakit..malas nak layan..cuma bila nak tido malam tu masalah skit..nak tido pun tak ble..rasa nak putus jek nafas ne bersin memanjang..sampai roomate aku pun terganggu..sorry yer my roomate..bukan sengaja..hidung dan tekak ne yang tidak mahu mendengar kata saya..hehe..sampai hidung pun dah semakin kembang dan berwarna merah..asyik di tenyeh dengan tisu jek..huhu



yang bestnya, time sakit macam ne, terasa diri disayangi plak..nape??sebab aku ada sorang member yang caring ngan keadaan aku..kira member dikala suka dan duka la..walaupun dia jauh, dia still amik berat sal keadaan aku..dia pon selalu ingatkan aku untuk makan ubat yang aku tak suka itu..(aku agak allergic ye dengan ubat-ubatan ne..hehe)

dia siap bagi tips lagi camna nak cepat sembuh..hehe..memang best la dapat member macam ne.. dah macam doktor peribadi aku plak..hehe..dia akan mesej untuk tanya perkembangan kesihatan aku..sungguh terharu diriku ini..ngeh3..

ucapan untuk member itu :
terima kasih banyak-banyak ye TUAN BESAR..awak memang kawan terbaik saya..thanks untuk semua tips and nasihat2 doktor awak tu..tapi sorry lah..saya ne pemalas sikit nak makan ubat..hehe..allergic..tapi nasihat2 yang lain..semuanya saya ikut..trimas taw..lain kali awak sakit, saya pulak jadi doktor awak ye..hehe..^_^


ok lah semua..sekarang ne nak sambung buat kerja dulu..
bertemankan tekak dan hidung yang masih lagi tak sihat..
dan bertemankan sekotak tisu premier..
ada esaimen dan laporan yang perlu disiapkan..hehe
CHAIYO2 neng..!!!

til then yer..annyeong..^_^

Monday, March 28, 2011

heart attack...@_@

assalamualaikum semua..

tersentak..terpana..terkesima..terkejut..dan bermacam-macam TER lagi yang aku rasa ketika itu..
dah macam kena kejutan eletrik pun ada..aku rasa macam tak berpijak di bumi yang nyata ni pun ada..pendek kata memang HEART ATTACK la..

mana taknya kena heart attack..boleh2 aku TERjumpa dengan orang itu..begitu besar KENINGAU tu (besar ke??) still gak aku boleh TERserempak dengan dia..haishhh..drama..drama..kenapalah tyme2 macam ne jugak ko muncul???drama betul o..huhu

aku pun satu, dah jadi macam tu..aku ble pulak jadi patung kejap??haish..spoil betul..waaaa..kenapakah aku begitu blurrr??bukannya susah pun..buat tak taw jek la..adeeiii..(pe yang aku merepek ne)

arghh..yang penting aku kena heart attack kali ne..nasib baik la tak pengsan terus..ish3..memang hari tragedy la..!!!!

Sunday, March 27, 2011

suka suki PBS..=)

assalamualaikum semua..

lama rasanya x update blog ne..slalu BW jek..maybe sebab busy layan budak2 kat sekolah kot..hehe..entry kali ni malas nak celoteh banyak-banyak..cuma nak tunjuk gambar jek..pandai-pandailah mentafsirkannya ek..huhu..


adriana n abby

tanda kertas ker???

murid-murid yang nakal but cute..!!

ingat zaman aq kecik2 dulu..baris dulu sebelum masuk kelas..

kolaborasi bersama anak murid..banyak cerita diorang ne..!!

ne baru part 1..part 2 akan menyusul selepas ini..hehe..^_^