salam..
sekali lagi..diri rasa dipermainkan..aku sendiri tidak tahu bila keadaan ini bermula, tapi yang pastinya ia sesuatu yang telah lama.. memang insan itu adalah AKU..AKU adalah siapa yang mereka lihat selama ini..namun di sebalik AKU itu, ada DIA.. DIA yang aku tidak mahu sesiapa pun melihatnya..
aku seorang yang KUAT! dan aku akan selalu KUAT!
tapi aku sendiri tidak sedar bila AKU mula tunduk kepeda DIA..sepertinya aku menjadi semakin lemah.. kesakitan yang aku rasakan dalam diri seakan semakin pedih.. terasa seperti dihiris belati..aku tidak tahu untuk berbuat apa, tidak tahu ingin lari kemana dan tidak tahu ingin mengadu pada siapa..
aku hanya mampu diam dan sendiri dalam ruang kosong yang sengaja aku bina agar tiada yang dapat melihatku.. kerana apa??
aku mahu melindungi mereka di sekelilingku.. aku mahu sentiasa ada saat mereka rasa jatuh.. tapi, kadangkala aku terlalu melindungi mereka, sehingga aku lupa yang aku semakin hilang dalam ruang itu.. aku semakin hilang tapi tidak tahu ingin menggapai tangan siapa, meminta pertolongan.. adakah sesiapa yang sudi untuk mendengar aku?? aku tidak perlu kata semangat.. cukup sekadar mereka mendengar..
tapi aku sedar..tiada siapa di sana.. aku juga tidak berani menarik mereka untuk mendengar aku kerana mereka punya cerita sendiri..dan akhirnya, aku memilih untuk terus diam di dalam ruang itu..
aku sebenarnya TAKUT..aku TAKUT jika aku terpaksa kehilangan mereka kerana perkara ini.. jalan terbaik adalah untuk terus diam dalam ruang itu..aku rasa, aku lebih rela untuk menyembunyikan DIA, daripada terpaksa kehilangan MEREKA..
stop kat sini dulu..malas nak sambung panjang2..kredit to CassandraRaquel a.k.a miss D.. ko punya entry tatap terbaik..hehe love it..
0 7 persons like..:
Post a Comment