salam..lama dah xon9..bz sket..hurm..xtaw la knapa..hari ne trasa nak nangis je..rasa sakit hati,sedih..sumanya ada..kenapa mesti rasa macam ne lagi a??
tak taw la kenapa..rasanya benda ne dah lama..tapi tak pernah berhenti nak mengganggu hidup ne..dah beratus kali bagitau kat diri sendiri..sudah2 la tu..tapi x jugak ada kesan..kenapa ek??adoii..
hurm..hari ne terasa nak luahkan semuanya..tak kisahlah orang nak baca or wat..im really sick of this..y am i suppose to know u??y??y am i suppose to meet such a heartbreaker like u??
kalau memang bukan untuk aku..kenapa aq perlu mengenali dia??kenapa??kan bagus kalau kita tidak pernah kenal..pastinya aku takkan rasa sakit seperti sekarang..
hurm..sorry la kalau tulisan ne menyinggung sesiapa..bukan nak menyindir..just nak meluahkan apa yang terpendam dalam hati ne..mungkin kisah ini hanya cerita kosong..tapi bagi sesiapa yang pernah merasakannya,they sure know the pain that i feel right now..hurmm...=(
Saturday, October 16, 2010
such a heartbreaker..
writer, nancy neng posted at 7:16 PM 0 7 persons like..
Label: whenmyheartbeat
Friday, October 8, 2010
ASALAMUALAIKUM..
hurm..hari ne xda bnyak benda yg jd..kelas pun x bnyak..1 jer..but..sumthing mengganggu fkiran ne..nak taw nape??hehe..jeng..jeng..jeng..
biasalah..masalah hati & perasaan..mna la pndai habis..betul tak??well..xtaw la macamana nak cakap..bila malas nak fikir,time tu gak la org sibuk nak masuk line..adei..ne yang buatkan kepala menjadi pening seketika..tak dijawab salah..nak dijawab lagila salah..so nak buat ape ye??
hurm..andaikan la korang berada dalam situasi ne??pe yg korang akan buat ek??bila korang dah belajar nak melupakan kisah lama..tiba-tiba kisah lama tu muncul semula..klu stkat muncul je xpe..ne siap nak mulakan kisah baru lg..korang rasa ape tindakan korang??nak teruskan dengan kisah baru o buang terus kisah tu..kompius kan..hurm..
tapi nak buat macamana kan..tu lah lumrah dunia..bila kita harapkan sesuatu tu ada..tak nak pulak datang..tapi bila kita berharap benda tu hilang..makin plak datang kepada kita..memang la hidup ne complicated kan..huhu
tak kisah la semua tu..janji kita teruskan hidup ne selagi kita terdaya..hidup kita kan sekali je..so kena lah manfaatkannya dengan sebaik mungkin..supaya tak menyesal di kemudian hari..so moral of the story..pandai-pandailah fikir mana yang baik dan mana yang buruk..Allah dah anugerahkan akal fikiran untuk kita gunakan..so apa lagi..gunakanlah semaksimum mungkin..tapi ingat taw..gunakan ke jalan yang baik dan bukan sebaliknya..ne ingatan untuk kita sesama manusia..salam..=)
writer, nancy neng posted at 11:20 PM 0 7 persons like..
Label: whenmyheartbeat
Monday, October 4, 2010
pengalaman..
assalamualaikum semua..
lama kan tak dengar khabar..biasa lah..busy dengan aktiviti kat maktab ne..hurm..rindu la nak tulis kat blog ne..rindu kat ikan2 ni..hurm..well,now kita jumpa lagi..hehe..
ok lah..kali ni nak kongsi pengalaman dengan korang semua..pengalaman ni dapat masa tengah busy buat aktiviti kat Sibu baru-baru ni..
first of all nak berterima kasih banyak-banyak kat bandar Sibu coz dah banyak bagi pengalaman pada diri ni..Sibu memang sebuah bandar yang nice and best..hehe..
hurm..nak dijadikan cerita,masa mula2 pijakkan kaki kat bandar sibu ne,hati dah mula rasa semacam..tak tau la kenapa..semacam tu bukanlah perasaan yang tak elok..just terasa sayu dan tenteram yang teramat sangat..terasa semua kenangan tu tiba-tiba mengimbau dengan sendiri..macam dah lama pulak duduk kat bandar sibu ne..padahal baru je first time sampai..
masa kat sana..elok je bejalan sorang2 kat dataran sibu ne..memang terasa nyaman la bila jalan kat sana..angin malam plak menambahkan lagi perasaan sayu tu..memang best la layan perasaan time ne..dan aku pun tidak ketinggalan untuk melayan perasaan kat dataran tu..memang best la lepak kat sana..thanks Sibu..I learned a lot of things bout life there..=)
writer, nancy neng posted at 11:46 PM 0 7 persons like..
Label: sweet moment
Saturday, September 4, 2010
woman's secret..
salam semua..ari nie nk citer skit sal gurls..rahsia org pompuan..to all guys..korang kena baca ne..amik ilmu yg ada..sng skit nak tackle awek len kli..hehe.
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
so,to all guys..korg kena ambil note ne ek..owg pompuan ne bknnya susah nak fhm..dorg ne hati lembut..so jga la baek2 ek..salam..=)
writer, nancy neng posted at 10:58 PM 0 7 persons like..
Label: info
Sunday, August 22, 2010
salam Ramadhan..=)
assalamualaikum buat semua..
hurm..lma dh x jenguk blog ne..ikan2 pun dh lma x mkn..nsib bek la ikan eletronik..klu ikan btul, kompom dah bye2..hehe..so, pe kbr suma??hopefully sihat jer..hari ne dah masuk 12 hari umat islam berpuasa..alhamdulillah..Allah masih lagi memberi kesempatan kepada kita semua untuk bertemu dengan bulan yang penuh berkah ne..syukur sangat2..
hurm..bila sebut jak pasal Ramadhan ne,mesti teringat ngan sumthing..hurm..sumthing yg sepatutnya dlupakan lma dulu..but smpai skrg stil x ble lupa..betul la kan apa orang cakap,kita boleh suka dengan seseorang tu sekelip mata jak..kita boleh jtuh cinta dengan seseorang itu dlm sesaat jak..tp utk melupakan sesuatu yang pernah menjadi memori kita,adalah sangat sukar dan mengambil masa yang terlalu lama..ish3.. tu lah namanya hati dan perasaan..sesuatu yang sangat sukar untuk dimengertikan dan sangat sukar untuk dirungkaikan..hanya mampu tersimpan di dasar yang paling dalam..
tapi walau apa pun..hidup harus diteruskan..jangan pernah menyesali sesuatu yang terjadi kerana di dalamnya pasti ada hikmah yang tersembunyi..Allah maha tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya..mungkin setiap yang terjadi itu akan mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih matang dalam menghadapi dunia yang sangat berpura pura..jadikan pengalaman yang lepas sebagai sandaran untuk melalui masa depan yang lebih mencabar..kaut seberapa banyak kekuatan yang ada untuk dijadikan semangat dan azimat untuk meneruskan perjalanan kita di pentas yang bernama DUNIA..
huhuhu..panjang gak madah kali ni kan..hopefully suma dapat amik pengajaran drpd pengalaman ne..jangan sia-siakan hidup yang akan datang hanya kerana kekesalan semalam..bangkitlah untuk hari esok yang lebih baik..renung-renungkan..=)
writer, nancy neng posted at 7:14 AM 0 7 persons like..
Label: islamic
Tuesday, August 3, 2010
pola keselarasan vokal..
Peraturan keselarasan vokal ini digunakan untuk mengeja kata-kata dasar asli bahasa Melayu. Bagi kata-kata pinjaman daripada bahasa Indonesia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa Eropah yang lain, peraturan keselarasan vokal ini tidak diguna pakai.
Dalam peraturan pola keselarasan vokal ini, keselarasan antara dua huruf vokal hanya berlaku pada kata dasar sahaja. Hal ini bermaksud kata-kata yang berimbuhan atau kata terbitan tidak termasuk dalam keselarasan vokal.
Selain itu, kata dasar yang terlibat juga mestilah berakhir dengan suku kata yang tertutup iaitu diakhiri dengan bunyi konsonan.
Bagi kata dasar asli yang mempunyai lebih daripada 2 suku kata, maka suku kata terakhir sahaja yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal. Dalam erti kata yang lain, keselarasan vokal berlaku dalam suku kata praakhir dengan suku kata akhir.
Terdapat 18 pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu iaitu :
Pola & Contoh perkataan
a – a =(alah, tampar, sembahyang, senapang)
a – i = (Adik, dalih, selampit)
a – u =(Adun, tampung, senandung)
e (pepet) – a =(Emak, sental, gemerlap)
e (pepet) – i =(Herdik, penting, sembelih, pening)
e (pepet) – u =(Empuk, sembuh, kedekut, rempuh)
e (taling) – a =(Endah, serak, kerenah)
e (taling) – e (taling) =(Enteng, sendeng, seleweng)
e (taling) – o =(Endong, tembok, selekoh)
i – a = (Intan, singkap, simpan, selimpat)
i – i = (Intip, rintih, kerinting)
i – u = (Induk, rimbun, kecimpung, bingung)
o – a = (Ombak, lonjak, kelodak, lompat)
o – e (taling) =(Orkes, sompek, celoreng, songket)
o – o = (Omboh, sondol, ceroboh, keroncong)
u – a =(Udang, undang, muntah, gelumang)
u – i = (Umpil, gundik, seruling)
u – u =(Umbut, kunjung, kumpul, kerumun)
writer, nancy neng posted at 1:59 AM 0 7 persons like..
Label: info
shaing is caring..(>_<)
salam..lamanya tak update blog ne..rindu kat ikan-ikan..kesian mereka..lama dah tak makan..hehehehe..hurm..nak tulis apa ek??idea..idea...~~
ha,idea suda marii..~~..hurm..apa kata kalau kita berkongsi ilmu dengan orang lain kan..lagi banyak faedahnya..daripada menulis yang bukan-bukan..baik kita berkongsi ilmu dan maklumat baru..at least ada gak gunanya..boleh tambah pengetahuan sendiri..
ok..maklumat yang nak dikongsikan ni bukanlah yang terbaik..sekadar melalui pandangan dan pemahaman penulis sendiri..jadi kalau ada sebarang masalah,harap dimaafkan ya..kita kan sama-sama belajar..tambahan pula,bahasa dan cara penyampaiannya mungkin agak ringkas (isi-isi penting sahaja)..oleh itu,diharap agar para sahabat dapat mengambil ilmu yang terbaik daripada apa yang ingin di sampaikan oleh penulis..sama-sama lah kita berkongsi ilmu yang ada dipelajari..(^_^)
(p/s: tatabahasa juga mungkin kurang tepat..maaf ya..hehe)
writer, nancy neng posted at 1:44 AM 0 7 persons like..
Label: random